Memberikan aku oksigen untuk aku bernafas....
Menyediakan teduhan untuk aku berteduh dari hujan dan panas...
Memberikan kehijauan yang menenangkan...
Aku siraminya dengan titisan air mata...
Aku bajainya dengan hilai tawa...
Ia tumbuh dengan tinggi, batangnya semakin membesar, daun hijaunya kelihatan begitu lebat dan segar, bunganya galak menyerikan, silaranya begitu kukuh dan semakin rendang sehinggalah suatu ketika dahulu...
Kerana pertumbuhan yang sangat baik, pucuk baru tumbuh dari satu batang pokok itu...
Hasil siraman dan bajaan aku yang rapi, pucuk tadi membesar menjadi dahan yang menyerikan lagi pokok ini... Dahan yang dulunya kecil, semakin besar dan daunmya semakin lebat... Oleh kerana begitu hanyut dengan keindahan dahan ini, aku leka dengan keadaan keseluruhan pokok...
Hari ini, tatkala aku memerhatikan dan membelai pokok ini, aku menyedari, dahan itu semakin besar dan membebankan keseluruhan struktur pokok...
Kini pokok ini tidak lagi simetri, pertumbuhannya semakin terjejas dan ia makin condong...
Jika dibiarkan dahan ini memaharajalela, pokok ini bakal tumbang dan itu bukan yang diinginkan...
Maka, setelah dianalisis keadaan dan kekritikalan pokok ini, aku membuat keputusan untuk memangkas dahan cantik tadi....
Benar, dahan itu terlalu cantik untuk dibuang namun nilai estetik ini tidak memberi sebarang makna kiranya ia menjejaskan pertumbuhan pokok tadi dan juga bakal mematahkan dahan berat itu... Ia pasti memberikan luka yang mendalam kepada dahan dan pokok ini...
Recorrected pruning perlu dilakukan untuk memastikan nilai arkitekstur pokok ini seimbang dan tidak membahayakan target...
Ya Allah, aku memohon kepadaMu supaya disaat aku membuang dahan ini, kau kurangkan kesakitan pada pokok indukku yang tersayang ini serta dahan yang bakal dibuang... Kau permudahkanlah pereputan dahan yang cantik itu, semoga pereputanya mampu membajai pokok induk ini... Kau percepatkanlah pertumbuhan callus pada luka batang pokok agar lukanya cepat sembuh tanpa meninggalkan parut yang memungkinkan ia terluka semula ditempat yang sama... Kau gantikanlah dahan yang bakal dibuang ini dengan dahan baru yang lebih baik dan menyumbang pada pertumbuhan pokok... Sesungguh rasa sayang pada dahan yang bakal dibuang ini aku akui terlalu dalam, namun untuk kebaikan semua pihak, lebih baik ia dibuang... Terima kasih Ya Allah kerana memberi peluang kepada aku untuk menikmati keindahan dahan ini... Amin...
moga pokok induk itu cepat pulih dari lukanya....dan mendapat penganti dahan y baru agar pokok induk itu gembira semula setelah mendapat dahan y baru...walaupun induk telah mendapat penganti janga d lupa pada dahan y lama kerna y lama pernah memberi sesuatu padanya...
ReplyDeletetrima kasih coz doakan pokokku... moga dia bleyh menyumbang kepada sesiapa sahaja yg berada dibawahnya... hehe... peace
ReplyDeleteinsyallah boleh...y pasti jaga lah pokok induk itu sebaik mungkin...
ReplyDeletename pon pokok induk,, dah pangkas memg ade kesan pemangkasan,,, but don't worry beb!.. menurut teori yang aku belajar,,, akan tumbuh tunas baru pada pokok tu,,, n tunas tu lagi cantik dari dahan yang ang pangkas,,, dahan yang lama tu mungkin boleh di tanam d dalam pasu lain.. xelok kita buang y lama kan,, sebab ia juga berhak untuk hidup..., ehehheheeh
ReplyDeletejgn salah paham... dahan yg lama itu x mungkin dpt hidup jika ditanam di dlm pasu yg baru skali pown kerna ia sudah terlalu matang dan kelak ia pasti mati... jadi lebih ia dibiarkan mereput supaya kehidupannya kelak tidak terseksa...
ReplyDelete