Saturday, January 8, 2011

Sang Obat Tahan Sakit

Disebabkan ak selalu mengamalkan panadol untuk mengelakkan ak demam, aku telah menerima padahnya iaitu peptic ulcer... Keh2, itu cuma alasan aku je... Antara faktor lain ak dpt award penyakit nie adlah mkn yg penuh cili aka pedas, minuman bergas(peace), dan juga tekanan perasaan... (nama penah tersenarai dlm list jemputan hospital rambutan).
Tapi dlm entry ni aku cuma nk smpaikan keburukan obat tahan sakit yg selama ini diambil x mengira waktu... Ok2, ak x tuju kt sapa...

******************

Ubat tahan sakit jika kerap diambil beri kesan sampingan termasuk barah akibat masalah penghadaman
seperti...

ULSER dalam perut!!! Tahniah!!!

UBAT yang diambil bagi menahan kesakitan (nonsteroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs) sebenarnya memiliki kesan tersendiri kepada kesihatan. Contohnya, dari satu segi ia mungkin mampu membantu menghilangkan penderitaan penyakit A, tetapi dalam jangka masa panjang sesetengah orang berhadapan pula dengan penyakit B.

Tempoh dan kekerapan pengambilan ubat itu tentunya menjadi faktor penentu. Kadangkala anda tidak mempunyai pilihan kerana untuk menghindarkan penyakit A, anda reda menerima ‘kedatangan’ penyakit B. Biarpun begitu, ada sesetengah orang tidak tahu kesan sampingan pengambilan ubat penahan sakit.

Antara masalah kesihatan disebabkan faktor pengambilan ubat ialah ‘Peptic Ulcer Disease’ (PUD ialah ulser yang disebabkan masalah penghadaman). Begitupun, ada faktor lain turut menyumbang kepada masalah ini termasuk bakteria Helicobacter pylori (H pylori), tekanan dan pemakanan.

Pakar Perunding Perubatan dan Gastrologi, Damai Service Hospital, Datin Dr Azra Sahabudin, berkata PUD adalah ulser yang membabitkan sistem perut dan usus yang selalunya disebabkan asid.

“PUD sering kali dikaitkan dengan H pylori yang berada dalam perut berasid. Selain itu, ia juga disebabkan pengambilan ubat-ubatan penahan sakit.

“H pylori dan NSAIDs melemahkan perut atau lapisan mukus yang melindungi usus daripada jus penghadaman yang merosakkan perut dan usus. Kebanyakan PUD bermula di ‘duodenum’ (bahagian pertama usus kecil) dan bukan di perut,” katanya.

Dalam satu kajian yang dipetik daripada Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), H pylori adalah masalah jangkitan yang sangat biasa di kalangan tiga etnik utama di Malaysia, Melayu, Cina dan India.

Antara ketiga-tiga kumpulan etnik pula, kadar kebiasaan jangkitan lebih tinggi di kalangan orang India dan Cina berbanding Melayu.

PUD merujuk kesakitan (sore) pada garisan dalam perut atau duodenum. Ia terjadi apabila usus atau lapisan perut tidak lagi berfungsi sebaiknya. Apabila ini berlaku, jus pencernaan berupaya merosakkan usus atau tisu perut.

Jus yang mengandungi asid hydochloric (asid yang mengandungi hidrogen dan klorin) dan pepsin (sejenis enzim) ini berupaya mencederakan esofagus (tiub yang bermula daripada kerongkong ke perut).

“PUD bukan lagi keadaan yang mesti dideritai seumur hidup. Ada rawatan untuknya dan ia boleh disembuhkan, tetapi ia juga boleh berulang,” katanya.

FAKTOR

Bakteria H pylori

Makanan yang pedas, masam dan berminyak

Jadual makan yang tidak menentu

Selain jangkitan H pylori, jenis makanan dan tekanan turut mempengaruhi PUD. Tekanan menjadi faktor pencetus banyak masalah ulser. Ia menstimulasi penghasilan asid gastrik.

SIMPTOM


Kerap sendawa

Kurang selera makan dan hilang berat badan
~bila didiagnos dengan disease nie, simptom ni yg paling was2, coz aku nye selera makan bertambah seiiring dengan berat badan,,,, sudah..... camne nie... doc nie salah diagnos ker??~

Muntah selepas makan

Najis yang berwarna kehitaman
~ x perasan (-_-'')~

p/s: pasni klu rase nk dmm, g jog k... klu betul2 x larat sgt, gunakanlah 'ByeBye Fever" InsyaALLAH...

No comments:

Post a Comment